Rabu, 3 Jun 2015

LAWATAN DARI KLINIK PERGIGIAN  LUKUT 


Program lawatan oleh Klinik Pergigian Kesihatan Lukut dibuat sebanyak dua kali setahun. Lawatan kali pertama dibuat pada bulan Februari. Pada lawatan ini, murid-murid akan diberikan penerangan mengenai cara menjaga kesihatan gigi, pemakanan yang baik untuk kesihatan dan cara memberus gigi yang betul. Manakala pada lawatan kali kedua  iaitu pada bulan Mei, ianya bertujuan untuk memastikan murid menjaga gigi dengan baik. Murid-murid akan diberikan diberikan peluang untuk bermain permainan doktor-doktor.  

Semua murid amat seronok kerana mendapat berus gigi secara percuma dari jururawat. Selain itu, mereka amat teruja untuk menyertai aktiviti yang dirancang oleh jururawat seperti tanyangan slaid pemakanan sihat, memberus gigi dengan cara yang betul dan permainan doktor-doktor.


LAWATAN KALI PERTAMA
Tayangan slaid pemakanan sihat.
 Cara memberus gigi dengan betul.
 Gosok bagi bersih

LAWATAN KALI KEDUA

Permainan doktor-doktor

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan