Sabtu, 20 Jun 2015





Selamat berpuasa kepada semua dari kami warga prasekolah SK Lukut.
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dapat menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Tahniah pada anak-anak pra yang berpuasa penuh.
Tahniah juga pada yang berpuasa separuh hari.

Aktiviti Menyusun Nombor 1-10 Secara Menaik

Hari : Khamis
Tarikh : 18. 6.2015






SAMBUTAN HARI LAHIR MEI & JUN


Majlis sambutan hari lahir murid prasekolah
 untuk bulan Mei dan Jun
 telah diadakan pada 16 Jun 2015 iaitu hari Selasa.
Seramai 10 orang murid diraikan pada hari ini 


Selamat Hari Lahir Sayang....
Nabil, Zikri, Sofiya, Darwisy, Alif, Azmeer,
 Puteri Larra, Haiqal, Zikri Afiq, Daniel

Semoga menjadi anak yang bijak dan baik di masa hadapan.
Kamula anak-anak harapan negara.

Terima kasih kepada ibu bapa murid yang telah meyumbang
 kek, puding dan jajan untuk anak-anak.



 Darwisy



Nabil


Sofiya

Terima kasih sekali lagi kepada mama Sofiya kerana menyumbang 
kek dan mashmelow n coklat fountion..
Anak-anak suka sangat makan....


Nyum....nyum.......


Sedapnya........................


Cikgu ambil kesempatan selfie.....



Rabu, 3 Jun 2015

TAMBAH

Hari ini kita akan belajar tentang TAMBAH. 
Menggunakan klip kertas berwarna-warni dan batang aiskrim







 I THINK


Hari ini ber i think la pulak kita di sekolah
Ok, topik hari ini adalah makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Petang semalam pergi Gaint ambil flyers banyak-banyak
Minta tolong PPM lukis kan peta bulatan di kad manila.
Lukis pakai besen...hahahahha
Xkisahla..janji bulat dan cantik.
Murid prasekolah suka gambar berwarna warni.
Manakala aktiviti menggunting adalah kegemaran mereka.
AWAS!!!!!!!
Perhatikan penggunaan gunting tersebut...
Murid suka tp cikgu seram 

Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan 4@ 5 orang
Ketua kumpulan akan mengagihkan tugas kepada setiap ahli.







HAPPY MOTHER'S DAY



Selamat Hari Ibu
Untuk semua yang bergelar ibu
i love u mum...always...

A tulip and card for lovely mum........



AKTIVITI MEMBUAT AIS KRIM MALAYSIA BERSAMA GURU DAN PPM
.
Pada minggu makanan, prasekolah Sk Lukut telah mengadakan aktiviti membuat aiskrim malaysia. Aiskrim adalah makanan yang tidak berkhasiat. Cikgu-cikgu mestilah menjelaskan kepada murid masing-masing terlebih dahulu mengenai aiskrim. Contohnya aiskrirm boleh dimakan tetapi tidak boleh di makan selalu, setiap hari. 

Kita orang dewasa pun gemarkan aiskrim, apatah lagi murid prasekolah.
Apabila diberitahu hari ini kita akan membuat aiskrim, melompat kesukaan semua mereka.
Tak sabar mereka membuat ais krim sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan.
Air kosong (pastikan air yang telah dimasak)
Gula
Kordial
Plastik aiskrim
Corong
 


LAWATAN DARI KLINIK PERGIGIAN  LUKUT 


Program lawatan oleh Klinik Pergigian Kesihatan Lukut dibuat sebanyak dua kali setahun. Lawatan kali pertama dibuat pada bulan Februari. Pada lawatan ini, murid-murid akan diberikan penerangan mengenai cara menjaga kesihatan gigi, pemakanan yang baik untuk kesihatan dan cara memberus gigi yang betul. Manakala pada lawatan kali kedua  iaitu pada bulan Mei, ianya bertujuan untuk memastikan murid menjaga gigi dengan baik. Murid-murid akan diberikan diberikan peluang untuk bermain permainan doktor-doktor.  

Semua murid amat seronok kerana mendapat berus gigi secara percuma dari jururawat. Selain itu, mereka amat teruja untuk menyertai aktiviti yang dirancang oleh jururawat seperti tanyangan slaid pemakanan sihat, memberus gigi dengan cara yang betul dan permainan doktor-doktor.


LAWATAN KALI PERTAMA
Tayangan slaid pemakanan sihat.
 Cara memberus gigi dengan betul.
 Gosok bagi bersih

LAWATAN KALI KEDUA

Permainan doktor-doktor

 




SUKANEKA PRASEKOLAH BERSAMA WARIS.


Hari : Ahad
Tarikh : 15 Februari
Masa : 8.00 pagi

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.................
Terima kasih kepada waris prasekolah yang bersama-sama membantu mengawal murid-murd.
Terima kasih Pn. Zalifah Hassan atas sumbangan kelapa jelly yang sangat sedap..

Perbarisan .........

Sukanya dia....lambai jangan tak lambai....

Acara sukaneka murid



Lari bawa baton

Monkey ball

Lari Lipan

Sukaneka Ibu bapa

Tiup gula dalam tepung



GOTONG-ROYONG PRASEKOLAH 2015


Tarikh : 18 April 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kelas Prasekolah Ceria dan Riang Ria


Agenda gotong-royong
1. Membaiki  paip sinki membasuh tangan
2. Membaiki paip tempat mengambil wuduk
3. Membaiki penyelak pintu tandas yang tercabut.
4. Membetulkan pam tandas
5. Membaiki pintu utama kelas yang rosak.
6. Membaiki penyelak tingkap.
7. Membaiki soket elektrik kelas.
8.Membaiki kaki meja makan yang patah.
9. Mengunting dan menampal hiasan kelas.

Terima kasih kepada Pengerusi Waris Prasekolah 2015 yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program prasekolah. Terima kasih juga kepada waris-waris prasekolah yang meluangkan masa pada hujung minggu untuk menyertai program ini. Terima kasih waris prasekolah kerana menyumbangkan peralatan seperti paip, penyelak, soket dan banyak lagi. Semoga kerjasama ini akan terus kekal selamanya. 







### kepada yang tidak ada dalam gambar di atas....saya mohon maaf kerana berlaku kesilapan teknikal..gambar telah rosak tidak dapat diselamatkan.

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR 2015

Selamat Hari Jadi....
Selamat Hari Jadi....
Selamat Hari Jadi kawan-kawan....
Selamat Hari Jadi...

Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu semua....
Allah selamatkan kamu....

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you my dear friends....
Happy Birthday to you....

Semoga kamu semua menjadi anak yang baik kepada ibu dan ayah, murid yang baik kepada cikgu...kami semua sayangggg kamu...selamat hari lahir sayanggg semua...

Januari 

 Mei
Februari

Mac

Terima kasih papa mama kerana menyumbangkan kek dan jajan kepada prasekolah...
Terima kasih daun keladi...hihihihi...

Sedapnya makan kek...nyum..nyum....

Dapat jajan lagi......