Rabu, 16 Mac 2016

MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH 2016
TARIKH : 31 DISEMBER 2015
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK LUKUT

Kami pihak prasekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa murid-murid prasekolah sesi 2016 kerana menghadirkan diri semasa taklimat kali pertama ini.
Kami amat-amat memerlukan komitmen dan kerjasam daripada semua ibu bapa untuk membantu kecemerlangan anak-anak.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan pengerusi waris prasekolah sesi 2015 iaitu Kapten Mohd Mohaimin, jasa tuan tidak mampu kami balas. Terima kasih juga kepada ahli-ahli waris prasekolah sesi 2015 yang lain. Anda semua hebat.

Tahun 2016 Waris Prasekolah dibawah pimpinan Pengerusi Dato' Mohd Amir Bin Ishak. Semoga tahun ini, Prasekolah SK Lukut akan lebih cemerlang dan gemilang.





Selasa, 15 Mac 2016

SENAMROBIK

Senamrobik diadakan pada minggu Transisi Murid Tahun 1. Kami mengambil peluang ini untuk membolehkan anak-anak pra bersenamrobik bersama. 
Senamrobik ini dipimpin oleh Cikgu Hasenah...seorang cikgu yang hebat.
Kita enjoyyyy.................





Ahad, 22 November 2015

MTAQ PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
HARI : KHAMIS
TARIKH : 5 NOVEMBER 2015
TEMPAT : SK LUKUT


Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Lukut dan waris prasekolah SK Lukut. Yessss !!!!!!!!! Kita berjaya sebagai johan keseluruhan MTAQ pada tahun ini. Segala penat lelah amat berbaloi. Tahniah kepada murid-murid yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka. 


Johan Nasyid
Johan Hafazan ( L)
Johan Sajak Rasulullah ( L )
Johan Sajak Rasulullah ( P )
Johan Mewarna ( L )
Johan Mewarna ( P )
Naib Johan  Bercerita Sirah Nabi ( L )
Naib Johan Bercerita Sirah Nabi  ( P )


KAMILAH........................JUARAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Sabtu, 3 Oktober 2015

SESI BERGAMBAR UNTUK KONVOKESYEN PRASEKOLAH.


Hari : Khamis
Tarikh : 1 Oktober 2015
Tempat : Kelas Pra Ceria

Sesi fotografi untuk konvokesyen prasekolah diadakan pada hari ini.
Semua murid amat seronok pada hari ini.
Mereka teruja dapat memakai jubah konvokesyen yang cantik .
This year we're in "purple"



Pakai lipstik

Pakai bedak....hihihiih

 Pra Ceria
Pra Riang Ria

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2016

Hari : Rabu
Tarikh : 30 September 2015
Masa : 12.00 tengahari

Tempat  : Bilik Gerakan SK Lukut

Pada tahun ini prasekolah SK Lukut telah menerima sebanyak 53 permohonan daripada murid yang berumur 6 tahun pada 2016 dan sebanyak 23 permohonan daripada murid yang berumur 5 tahun pada 2016. Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemilihan yang dibuat adalah adil dan saksama. Keputusan yang dibuat adalah persetujuan ahli jawatankuasa pemilihan. 

Antara syarat yang ditetapkan adalah : 
i. Murid mestilah warganegara Malaysia
ii. Murid yang lahir pada 2010 diutamakan
iii. Pendapatan berkapita keluarga. 

Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid 2016
En. Mohamed Noh B. Abdullah ( Guru Besar SKL)
En. Aznan B. Sahari ( GPK KOKO )
Pn. Haizy Bt. Mustafar ( GPK HEM)
Pn. Zalinor Bt. Mohd Noor ( Guru Prasekolah )
Pn. Hasnah Bt. Abdullah ( Guru Prasekolah )
En. Faizan B. Jaffar ( YDP PIBG SKL)
En. Abd Fatah ( AJK PIBG)
En. Mohd Mohaimin B. Tamami ) ( Pengerusi Waris Prasek 2015)




Selasa, 15 September 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN OGOS


Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Semoga kamu semua menjadi anak yang baik
anak yang cemerlang dunia dan akhirat
Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbangkan kek dan goodies
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan tuan puan
Terima kasih daripada kami warga prasekolah.


Zaqwan, Hadi, Syafiq, Qaisara, Rafhanah, Ainul, Qisya

Rafhanah, 2 biji kek frozen

Ainul kek frozen juga

Qisya kek coklat moist


Khamis, 20 Ogos 2015

PROGRAM BERSAMA BOMBA

HARI : SELASA
TARIKH : 18 OGOS 2015
TEMPAT : SK LUKUT

Program bersama bomba diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan 
baharu kepada murid prasekolah mengenai pekerjaan sebagai ahli bomba.
Semua murid amat gembira menyambut kedatangan pegawai bomba tersebut. 
Seramai 7 orang pengawai bomba dari Cawangan Port Dickson hadir pada hari ini.
Pegawai bomba memberikan penerangan mengenai
 bahaya bermain api dan lagkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid dan ibu bapa
 jika berlakunya kebakaran.
Murid prasekolah di bawa melawat jentera bomba, dan diberikan peluang untuk memegang, memakai peralatan bomba yang terdapat di dalam jentera bomba. Murid-murid juga diberikan peluang untuk menaiki jentera bomba. Ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna 
untuk murid-murid prasekolah.
Pegawai bomba juga melakukan demonstrasi memadam kebakaran.