Ahad, 22 November 2015

MTAQ PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
HARI : KHAMIS
TARIKH : 5 NOVEMBER 2015
TEMPAT : SK LUKUT


Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Lukut dan waris prasekolah SK Lukut. Yessss !!!!!!!!! Kita berjaya sebagai johan keseluruhan MTAQ pada tahun ini. Segala penat lelah amat berbaloi. Tahniah kepada murid-murid yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka. 


Johan Nasyid
Johan Hafazan ( L)
Johan Sajak Rasulullah ( L )
Johan Sajak Rasulullah ( P )
Johan Mewarna ( L )
Johan Mewarna ( P )
Naib Johan  Bercerita Sirah Nabi ( L )
Naib Johan Bercerita Sirah Nabi  ( P )


KAMILAH........................JUARAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Sabtu, 3 Oktober 2015

SESI BERGAMBAR UNTUK KONVOKESYEN PRASEKOLAH.


Hari : Khamis
Tarikh : 1 Oktober 2015
Tempat : Kelas Pra Ceria

Sesi fotografi untuk konvokesyen prasekolah diadakan pada hari ini.
Semua murid amat seronok pada hari ini.
Mereka teruja dapat memakai jubah konvokesyen yang cantik .
This year we're in "purple"



Pakai lipstik

Pakai bedak....hihihiih

 Pra Ceria
Pra Riang Ria

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2016

Hari : Rabu
Tarikh : 30 September 2015
Masa : 12.00 tengahari

Tempat  : Bilik Gerakan SK Lukut

Pada tahun ini prasekolah SK Lukut telah menerima sebanyak 53 permohonan daripada murid yang berumur 6 tahun pada 2016 dan sebanyak 23 permohonan daripada murid yang berumur 5 tahun pada 2016. Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemilihan yang dibuat adalah adil dan saksama. Keputusan yang dibuat adalah persetujuan ahli jawatankuasa pemilihan. 

Antara syarat yang ditetapkan adalah : 
i. Murid mestilah warganegara Malaysia
ii. Murid yang lahir pada 2010 diutamakan
iii. Pendapatan berkapita keluarga. 

Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid 2016
En. Mohamed Noh B. Abdullah ( Guru Besar SKL)
En. Aznan B. Sahari ( GPK KOKO )
Pn. Haizy Bt. Mustafar ( GPK HEM)
Pn. Zalinor Bt. Mohd Noor ( Guru Prasekolah )
Pn. Hasnah Bt. Abdullah ( Guru Prasekolah )
En. Faizan B. Jaffar ( YDP PIBG SKL)
En. Abd Fatah ( AJK PIBG)
En. Mohd Mohaimin B. Tamami ) ( Pengerusi Waris Prasek 2015)




Selasa, 15 September 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN OGOS


Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Semoga kamu semua menjadi anak yang baik
anak yang cemerlang dunia dan akhirat
Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbangkan kek dan goodies
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan tuan puan
Terima kasih daripada kami warga prasekolah.


Zaqwan, Hadi, Syafiq, Qaisara, Rafhanah, Ainul, Qisya

Rafhanah, 2 biji kek frozen

Ainul kek frozen juga

Qisya kek coklat moist


Khamis, 20 Ogos 2015

PROGRAM BERSAMA BOMBA

HARI : SELASA
TARIKH : 18 OGOS 2015
TEMPAT : SK LUKUT

Program bersama bomba diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan 
baharu kepada murid prasekolah mengenai pekerjaan sebagai ahli bomba.
Semua murid amat gembira menyambut kedatangan pegawai bomba tersebut. 
Seramai 7 orang pengawai bomba dari Cawangan Port Dickson hadir pada hari ini.
Pegawai bomba memberikan penerangan mengenai
 bahaya bermain api dan lagkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid dan ibu bapa
 jika berlakunya kebakaran.
Murid prasekolah di bawa melawat jentera bomba, dan diberikan peluang untuk memegang, memakai peralatan bomba yang terdapat di dalam jentera bomba. Murid-murid juga diberikan peluang untuk menaiki jentera bomba. Ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna 
untuk murid-murid prasekolah.
Pegawai bomba juga melakukan demonstrasi memadam kebakaran. 







PROGRAM SOLAT JUNIOR

HARI : SELASA
TARIKH : 18 OGOS 2015
TEMPAT : SURAU SK LUKUT

Program Solat Junior ini merupakan program  kerjasama prasekolah bersama waris prasekolah.
Program ini sangat bermanfaat bagi murid-murid prasekolah. 
Murid-murid diberikan tunjuk ajar cara-cara berwuduk dengan betul.
Murid-murid diberikan tunjuk ajar amali pergerakan dalam solat yang betul.
Murid amat seronok kerana ibu bapa masing-masing berpeluang melakukan aktiviti ini bersama-sama mereka.
Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini.


BERWUDUK





AMALI SOLAT





Rabu, 19 Ogos 2015

PROGRAM SEHARI BERSAMA TENTERA

HARI : KHAMIS
TARIKH : 13 OGOS 2015
TEMPAT : KELAS PRA CERIA




Program ini sangat menarik kepada murid-murid kerana murid-murid 
dapat mengenal TENTERA dengan lebih dekat.
Maklumat mengenai pakaian, senjata, alatan, bidang tugas amat menarik
 untuk dikongsi bersama dengan murid prasekolah.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI WARIS
PRASEKOLAH SK LUKUT
KAPTEN MOHD MOHAIMIN B. TAMAMI ( Bapa Muhammad Nabil Afifi)
atas kesudian meluangkan masa untuk menjayakan program ini.



Pertamdingan mewarna


Hoooreeyyyy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Terima kasih pakcik....................

LAWATAN KE PPDK, PORT DICKSON


HARI : RABU
TARIKH : 5 OGOS 2015

Program ini tercetus dari idea salah seorang waris prasekolah iaitu Pn.Norazah Bt. Mohd Akhtar.
Beliau mencadangkan prasekolah mengadakan lawatan ke PPDK tersebut. 
Lawatan ini bertujuan untuk menanamkan sikap syukur dalam diri murid prasekolah.
Selain itu, melalui pendedahan ini murid dapat memahami kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada diri dan orang lain. Sikap hormat-menghormati adalah sangat penting dalam hidup bermasyarakat.
TERIMA KASIH 
kepada pihak PPDK yang telah menerima kehadiran warga prasekolah SK Lukut.
Terima kasih kepada ibu bapa murid prasekolah kerana bersama-sama meluangkan masa untuk bersama-sama anak-anak pada hari ini.






MINI SUKAN PRASEKOLAH 
DAERAH PORT DICKSON

TARIKH : 8 OGOS 2015
HARI : SABTU
TEMPAT : SK LINGGI

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Acara Balapan
50 M Lelaki
50 M Perempuan
4 x 50 M Lelaki
4 x 50 M Perempuan
4 x 25 M Lelaki
4 x 25 M Perempuan
Lompat Jauh Lelaki
Lompat Jauh Perempuan
Lontar Peluru Lelaki
Lontar Peluru Perempuan

Acara Sukaneka
Susun Tin Bernombor
Jumping Ball
Walking Joy
Lari Dalam Guni
Baling Bola Dalam Bakul Lelaki
Baling Bola Dalam Bakul Perempuan

Perbarisan

Warga Prasekolah SK Lukut mengucapkan tahniah kepada murid prasekolah yang telah berjaya pada temasya sukan ini. Tahniah kepada murid-murid kerana telah membuat sehabis baik. Walaupun ada yang demam tetapi masih bersemangat untuk menyertai kawan-kawan bertanding. Terima kasih anak-anak sayang. Cikgu amat menghargai kesungguhan kamu semua.
Menang kalah adat bertanding.
Yang penting semangat kita.....LUKUT AUUUMMMM...........
Kita membawa perserta paling ramai untuk acara perbarisan. Kami pihak prasekolah sentiasa memberikan peluang kepada semua murid untuk menyertai aktivti yang dijalankan. 
Jutaan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang banyak membantu, menyokong kami pihak prasekolah. 

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA PEMENANG
KITA AKAN MEWAKILI DAERAH PORT DICKSON KE PERINGKAT NEGERI

KEPUTUSAN PERTANDINGAN


BALAPAN 
Johan 50 M Perempuan
Putri Aeina Sofhylea

Johan  4 x 50 M Perempuan


Ketiga 50 M Lelaki


Ketiga 4 x  50 M Lelaki

SUKANEKA
Johan Walking Joy

Johan Jumping Ball

Johan Susun Tin Bernombor

Naib Johan Baling Bola Dalam Bakul


PERBARISAN
Ketiga




Selasa, 11 Ogos 2015

PROGRAM MOTIVASI PRASEKOLAH
 BERSAMA
 GWA POSITIVE MOTIVATION N CONSULTANCY

Hari : Rabu
Tarikh : 5 Ogos 2015
Tempat : Dewan Gemilang SK Lukut

Program Motivasi ini terhasil dari perbincangan pihak prasekolah dengan waris prasekolah semasa mesyuarat waris kali kedua.
Program ini berfokuskan kepada bagaimana untuk membina sikap yang baik dan positif dalam diri murid-murid prasekolah.
Program ini sepatutnya dijalankan bersama pihak Nova Consultancy. Tetapi diganti kepada pihak Gwa Positive atas permintaan Nova Consultancy kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir.

Program motivasi ini pertama kali dianjurkan oleh pihak prasekolah.
Murid-murid prasekolah kelihatan amat seronok dan teruja dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh penceramah pada hari tersebut.
Selama 2 jam program berlangsung, murid-murid kelihatan amat gembira.

Terima kasih kepada pihak Gwa Positive yang telah berjaya mengambil hati murid prasekolah.
Yang paling best  adalah dapat membuat anak-anak prasekolah tersentuh hati sehingga mengalirkan air mata.
InsyaALLAH kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi pada masa yang akan datang.

Terima kasih kepada AJK Waris Prasekolah kerana memeriahkan program ini.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM MOTIVASI INI...........


Antara aktiviti yang dijalankan.........





Menitis airmata anak-anak prasekolah............


Semua gembira